KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) membuat ketetapan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, pada 12 Ogos ini.
Sebaliknya, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti itu akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
"Setelah beberapa bulan kita bahaskan mengenai situasi politik semasa, pada minggu lepas dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), kita telah membuat keputusan bersetuju dengan cadangan Tun Dr Mahathir (Mohamad) bahawa undi Melayu tidak seharusnya dipecahkan.
"Pada masa sama kita menanti sejak Januari lalu, kita tidak mendapat respons positif dari Perikatan Nasional (PN) atas hasrat untuk menyertai gabungan itu.
"Maka Pejuang membuat keputusan untuk tidak menyertai PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini," katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.
Mukhriz yang juga bekas Ahli Parlimen Jerlun menjelaskan langkah itu tidak bermakna Pejuang tidak relevan atau takut untuk berdepan dengan PRN.
"Kami anggap tindakan ini ada hikmahnya, di mana berundur selangkah tidak langsung bermakna berundur seterusnya, sebaliknya kita akan terus mara ke hadapan," ujarnya.
Ketika ditanya sekiranya PN menawarkan kerusi untuk bertanding menggunakan logo gabungan itu, beliau memberitahu, tempoh tiga minggu terlalu lewat untuk dipertimbangkan.
"Saya ingat tidak akan ada tawaran pada saat-saat akhir, kalau ada sekalipun kami dengan penuh rasa tawaduk dan hormat menolak tawaran tersebut," tambahnya.
Katanya, keputusan parti itu juga sudah dimaklumkan kepada Dr Mahathir.
Namun katanya, Pejuang tidak menghalang jentera parti itu turun padang dan membantu calon parti lain namun perlu selari dengan pendirian parti itu.
Pada Mac lalu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN membuat keputusan menolak permohonan Pejuang menyertai gabungan itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo Pejuang gagal mendapat sebarang kerusi meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.
Mahathir sendiri kalah teruk di tangan calon PN dengan majoriti 13,518 undi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi.
Umavathi Ramayah
Sat Jul 22 2023
Mukhriz (foto) berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - Gambar fail/Bernama
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.
Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.